}

Monday, August 17, 2015

bachelorette party kak za


2mggu berturut2 adalah mggu yg tersangat la bz..lepas jerk habis raye terus masuk keje almaklum la nak jimat cuti huhu...dalam kesebukan kik sempat laa jugak buat bachelorette party utk kak za memandangkan dia da nak kahwin tapi skang da kahwin da pon heheheh

bachelor party di adekan dgn penuh serdahana hehehe memandangkan susah nak kumpul kan sume owg sbb memasing bz dgn hal masing...dari plan nak buat kan luar akhirnyer plan kat umh jugak yg menjadi.. part paling best kek kak zaa..tanpa kek xjadi
bachelorette party hehehhee

seksi x kek nie uolsss..idea kek sumber dari google hehehe thanks kak anis


finally sume ade susah betul nk kumpulkn sume owg hehe

selang 2 hari kak za kahwin hahahaha nampak x last minit sooo the bridemaids memainkan perananyer hehehe






Sunday, August 16, 2015

Resepi speghetti garlic ala2 tgi friday

 Tibe2 jerk tekak aku  nie rase nak makan speghetti yang aku mkn kat tgi aritu...memandangkan nak g tgi alamanda sesorg malas and  jauh so tercetus idea nak masak sendiri...aku kalau kat rumah xde owg mmg rase memasak hahahahaha

so ini antara bahan yang aku dpt kt bangi getaway konsep menu aku yang adoooo...

Bahan- bahan untuk speghetti gralic ala2 tgi friday:

spaghetti.....ikot korg la nak bape banyak ape jenis speghetti pon boley
olive oil.......nak terbaik beli virgin olive oil
broccoli......ikot suke hehe aku suke sayur so byk laa
tomato........aku gune tomata ceri senang potong
bawang...... putih of coz laaa name pon speghetti garlic heheh aku ambik 4 ulas siap cincang
parmesan chese.....kene ade bru sedap
basil leaf..........petame kali beli bau daun nie mcm pudina tp bile masak da xbau da
cube ayam.......cube nie utk perasa
sosej....potong kecik2 utk meriahkan lagi Spaghetti garlic kite


bahan-bahan :)


setelah pan panas masukkan olive oil...kemudian masukan bawang putih yg telah dicincang..


slepas bawang naik bau boleh la masukkan cube ayam, isi ketam ,tomato ceri dan brocolli
last sekali masukkan speghetti yang siap di rebus..masukkan parmesan cheese untuk final touch gitu...masuk serbuk black paper utk rase pedas...
tadaaaa siap nak pedas lagi tambah cili sos konfem sedap hahaha puji masakan sendiri ko rase hehe


selamat mencube bagi yang minat western food tapi bagi xminat tuu boley cube gak sedap wei mule2 rase mcm pelik tapi da masak nak tambah lagi huhu ...

Friday, February 27, 2015

Cara buat air Detox simple...

Hai korang hari nie iolllsss nak ajar uollssss buat air detox sendiri dgn mudah...
First korg kene thu keperluan air Detox utk dri korang...sbb setiap air detox berbeza bahan yg digunakan n berbeza fungsi...ok aku kongikan fungsi air detox..

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.
Kenapa penting kita menjaga kesihatan ? boleh tengok link Kepentingan menjaga kesihatan.

 Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Air Detox - Infused Water - 1
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Air Detox - Infused Water - 2
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Air Detox - Infused Water - 3
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan.
Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

Air Detox - Infused Water - 4
sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita.
Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Air Detox - Infused Water - 5
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.
Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi..

air-detox-infused-water-6
air-detox-infused-water-8

Sooo nie antara maklumat tentang air Detox yg aku dpt dari google sgt berguna....aku siap print Lagi...ok skang aku nk tnjuk air detox visi atika abas pulak hehehe.....
Aku pilih air Detox untuk kempiskan perut sbb aku ada masalah ke arah itu hahaha....

Bahan2 yg diperlukan same seperti diatas 
Lemon.. pudina..timun..dan halia



Masukkan semua bahan2 dlm jar kaca tu....pastu masukkan air mineral dalam jar jgn gune air suam atau air panas taw nati pahit rasenyer n hilanglah khasiat air detox....da siap nak best masukkan dlm peti sejuk....pastu tggu 20 minit da boleh minum...simplekan selamat mencuba.....