}

Friday, February 27, 2015

Cara buat air Detox simple...

Hai korang hari nie iolllsss nak ajar uollssss buat air detox sendiri dgn mudah...
First korg kene thu keperluan air Detox utk dri korang...sbb setiap air detox berbeza bahan yg digunakan n berbeza fungsi...ok aku kongikan fungsi air detox..

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.
Kenapa penting kita menjaga kesihatan ? boleh tengok link Kepentingan menjaga kesihatan.

 Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Air Detox - Infused Water - 1
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Air Detox - Infused Water - 2
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Air Detox - Infused Water - 3
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan.
Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

Air Detox - Infused Water - 4
sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita.
Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Air Detox - Infused Water - 5
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.
Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi..

air-detox-infused-water-6
air-detox-infused-water-8

Sooo nie antara maklumat tentang air Detox yg aku dpt dari google sgt berguna....aku siap print Lagi...ok skang aku nk tnjuk air detox visi atika abas pulak hehehe.....
Aku pilih air Detox untuk kempiskan perut sbb aku ada masalah ke arah itu hahaha....

Bahan2 yg diperlukan same seperti diatas 
Lemon.. pudina..timun..dan halia



Masukkan semua bahan2 dlm jar kaca tu....pastu masukkan air mineral dalam jar jgn gune air suam atau air panas taw nati pahit rasenyer n hilanglah khasiat air detox....da siap nak best masukkan dlm peti sejuk....pastu tggu 20 minit da boleh minum...simplekan selamat mencuba.....